Tarikh: 1 Ogos
2017 (Selasa)
Masa: 8.00
malam
Jumlah
Kehadiran: 12 pegawai
1. Ucapan
Pengerusi
1.1 Uthaya Sankar SB selaku Pengerusi
mengalu-alukan para Pegawai Insaniah yang hadir ke mesyuarat kali ini (17/03) serta
mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.
2. Pembentangan
Minit Mesyuarat Lalu
2.1 Prabhawathy Govindarajoo selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat 17/02 bertarikh 1 Mei 2017 untuk
diluluskan.
2.2 Minit mesyuarat disahkan sebulat
suara oleh semua Pegawai Insaniah yang hadir.
3. Pengesahan Ahli Baharu
3.1 Setiausaha memaklumkan bahawa
tidak ada sebarang permohonan keahlian baharu diterima.
4. Pembentangan Laporan
Kewangan
4.1 Adam Arokia Ammaradass selaku Bendahari membentangkan laporan
kewangan bagi 1 Mei – 31 Julai 2017.
4.2 Jumlah wang terkumpul tidak
berubah kerana tiada apa-apa wang masuk dan wang keluar sejak mesyuarat lalu.
5. Pembentangan
Laporan Aktiviti
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa
Insaniah terus bekerjasama berkongsi kepakaran dan kemahiran dalam menjayakan
beberapa program bersama-sama pihak lain.
5.2 Aktiviti bulanan adalah Projek
Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping, Perak dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan
(Kavyan), Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam), dan Kelab
Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut
dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran).
6. Cadangan
Aktiviti Akan Datang
6.1 Mesyuarat bersetuju untuk terus
bekerjasama dengan Kavyan, Sangam, Kelab Kesedaran, dan sebagainya; jika
melibatkan program kemahiran insaniah.
6.2 Aktiviti pada 17 Februari 2018
sempena Mesyuarat Agung Tahunan Insaniah.
V. K. Ezhilarasi Velautham dan Suganthi Manivelu menerangkan cadangan
aktiviti berbentuk gramotsavam, iaitu
acara santai berbentuk didik hibur yang menggabungkan seni, budaya dan
permainan tradisional kaum India. Program ini akan dilaksanakan di Aulong Lama,
Taiping, Perak dengan kerjasama Kavyan, Sangam, Kuil Sri Maha Sivalayam Aulong,
dan Kelab Kesedaran. Pengisian yang dicadangkan termasuk kabaddi, gasing, congkak, kummi,
kol, tarian singa, joget, kolattam, karagattam, gendang, urumi
dan sebagainya. Insaniah tidak ada peruntukan untuk membawa peserta (pelajar)
dari luar ke Taiping. Bagaimanapun, peserta luar boleh turut serta atas
tanggungan sendiri.
6.3 Para
pegawai yang mempunyai sebarang cadangan aktiviti diminta mengemukakannya dalam
mesyuarat akan datang.
7. Hal-hal
Berbangkit
7.1 Pengerusi membuka peluang kepada
para Pegawai untuk membincangkan hal-hal lain yang tidak termasuk dalam agenda
di atas, tetapi dirasakan perlu dibincangkan segera. Bagaimanapun, tiada
sebarang hal berbangkit untuk dibincangkan.
8. Penangguhan
Mesyuarat
8.1 Para Pegawai bersetuju supaya
Mesyuarat Pegawai Insaniah seterusnya diadakan pada 1 November 2017, pukul 8:00
malam.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
10:00 malam.