Tarikh: 1 Disember 2016 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Penubuhan
Uthaya
Sankar SB selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang
menghadiri mesyuarat penubuhan. Beliau menerangkan matlamat mengadakan
mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah persatuan yang menjaga kebajikan kaum
India di seluruh negara menerusi usaha pembangunan kemahiran insaniah (soft skills).
2. Meluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan
Mesyuarat membincangkan
tentang nama pertubuhan dan bersetuju sebulat suara dengan nama “Persatuan Pembangunan
Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)” dan alamatnya di 27 Jalan 25/82-B,
Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor.
3. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat
berbincang tentang perlembagaan pertubuhan, dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan
diluluskan oleh semua ahli yang hadir. [PETIKAN DI SINI]
4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
Penubuhan
Ahli-ahli
seperti berikut telah dipilih:
Pengerusi: Uthaya Sankar SB
Timbalan Pengerusi: V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan
Setiausaha: Prabhawathy Govindarajoo
Penolong Setiausaha: Jeeva Kasthuri Anamalay
Bendahari: Adam Arokia Ammaradass
AJK Biasa 1: Anuradha Chelliah
AJK Biasa 2: Dhineswary
AJK Biasa 3: Magaenthiran Periaswamy
AJK Biasa 4: Meganathan Muniandy
AJK Biasa 5: Suganthi Manivelu
AJK Biasa 6: Surendran Govindasamy
AJK Biasa 7: M. Vanitha Murugan
Juruaudit 1: Perzeus James
Juruaudit 2: Paul Miki George
Juruaudit 1: Perzeus James
Juruaudit 2: Paul Miki George
5. Pendaftaran Pertubuhan
Mesyuarat
bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM). Tugas bagi pendaftaran ini diserahkan kepada setiausaha untuk menguruskannya.
6. Penamatan Mesyuarat
Mesyuarat
ditamatkan pada jam 10:30 malam. [BORANG KEAHLIAN]
[Nota: Urusan pendaftaran dengan JPPM dilakukan pada 2 Disember 2016 dan pendaftaran diluluskan pada 15 Disember 2016.]