Sunday, 25 December 2016

Keahlian Insaniah

Keahlian Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) terbuka kepada kaum India yang merupakan warganegara Malaysia. – Sila rujuk petikan Perlembagaan Pertubuhan untuk maklumat lanjut berkaitan matlamat, syarat keahlian, dan yuran keahlian.

Individu yang berminat menjadi ahli, sila kemukakan Borang Keahlian. Harap maklum bahawa sekiranya permohonan tidak diluluskan, bayaran yuran akan dikembalikan, tetapi bayaran masuk (RM10) tidak dikembalikan.

Monday, 19 December 2016

Bengkel Lakonan Pentas

Insaniah bekerjasama dengan Kavyan dan Sangam dalam menjayakan Bengkel Lakonan Pentas di Aulong Lama, Taiping pada 21 Januari 2017. 

Saturday, 3 December 2016

Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat penubuhan pada 1 Disember 2016 [RUJUK DI SINI] berbincang tentang perlembagaan pertubuhan, dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

Berikut adalah petikan beberapa fasal dalam perlembagaan berkenaan:

FASAL 1 – NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah), dan bertaraf kebangsaan.

FASAL 3 – MATLAMAT
1. Memberi latihan kemahiran insaniah kepada masyarakat India.
2. Memperkasakan masyarakat India menerusi pembangunan kemahiran insaniah.
3. Menggalakkan mobiliti sosial kaum India menerusi peningkatan kemahiran insaniah.
4. Melahirkan pemimpin muda kaum India yang memiliki kemahiran insaniah.
5. Memberi peluang kepada kaum India meningkatkan peluang pekerjaan menerusi pembangunan kemahiran insaniah.
6. Melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

FASAL 4 – KEAHLIAN
Ahli Biasa: Warganegara Malaysia – Umur minimum 18 tahun – Tinggal di Malaysia – Kaum India – Semua jantina – Semua agama.
Ahli Bersekutu: Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa.
Ahli Kehormat: Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali daripada pembayaran yuran.
Ahli Seumur Hidup: Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekali gus.
Ahli Remaja: Terbuka kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

FASAL 6 – SUMBER KEWANGAN
Bayaran masuk: RM10.00
Yuran tahunan: RM20.00
Yuran seumur hidup: RM100.00
Sumbangan: Pertubuhan ini dibenarkan menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Kegiatan ekonomi: Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih, serta kegiatan ekonomi lain.

Nota: Salinan perlembagaan penuh akan diberi kepada setiap ahli berdaftar. [BORANG KEAHLIAN]

Friday, 2 December 2016

Minit Mesyuarat Penubuhan

Tarikh: 1 Disember 2016 (Khamis)
Masa: 9.00 malam

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Penubuhan

Uthaya Sankar SB selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat penubuhan. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah persatuan yang menjaga kebajikan kaum India di seluruh negara menerusi usaha pembangunan kemahiran insaniah (soft skills).

2. Meluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan

Mesyuarat membincangkan tentang nama pertubuhan dan bersetuju sebulat suara dengan nama “Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)” dan alamatnya di 27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor.

3. Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat berbincang tentang perlembagaan pertubuhan, dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua ahli yang hadir. [PETIKAN DI SINI]

4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan

Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih:

Pengerusi: Uthaya Sankar SB
Timbalan Pengerusi: V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan
Penolong Setiausaha: Jeeva Kasthuri Anamalay
Bendahari: Adam Arokia Ammaradass
AJK Biasa 1: Anuradha Chelliah
AJK Biasa 2: Dhineswary
AJK Biasa 3: Magaenthiran Periaswamy
AJK Biasa 4: Meganathan Muniandy
AJK Biasa 5: Suganthi Manivelu
AJK Biasa 6: Surendran Govindasamy
AJK Biasa 7: M. Vanitha Murugan

Juruaudit 1: Perzeus James
Juruaudit 2: Paul Miki George

5. Pendaftaran Pertubuhan

Mesyuarat bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tugas bagi pendaftaran ini diserahkan kepada setiausaha untuk menguruskannya.

6. Penamatan Mesyuarat

Mesyuarat ditamatkan pada jam 10:30 malam. [BORANG KEAHLIAN]


[Nota: Urusan pendaftaran dengan JPPM dilakukan pada 2 Disember 2016 dan pendaftaran diluluskan pada 15 Disember 2016.]