Saturday 3 December 2016

Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat penubuhan pada 1 Disember 2016 [RUJUK DI SINI] berbincang tentang perlembagaan pertubuhan, dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

Berikut adalah petikan beberapa fasal dalam perlembagaan berkenaan:

FASAL 1 – NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah), dan bertaraf kebangsaan.

FASAL 3 – MATLAMAT
1. Memberi latihan kemahiran insaniah kepada masyarakat India.
2. Memperkasakan masyarakat India menerusi pembangunan kemahiran insaniah.
3. Menggalakkan mobiliti sosial kaum India menerusi peningkatan kemahiran insaniah.
4. Melahirkan pemimpin muda kaum India yang memiliki kemahiran insaniah.
5. Memberi peluang kepada kaum India meningkatkan peluang pekerjaan menerusi pembangunan kemahiran insaniah.
6. Melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

FASAL 4 – KEAHLIAN
Ahli Biasa: Warganegara Malaysia – Umur minimum 18 tahun – Tinggal di Malaysia – Kaum India – Semua jantina – Semua agama.
Ahli Bersekutu: Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa.
Ahli Kehormat: Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali daripada pembayaran yuran.
Ahli Seumur Hidup: Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekali gus.
Ahli Remaja: Terbuka kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

FASAL 6 – SUMBER KEWANGAN
Bayaran masuk: RM10.00
Yuran tahunan: RM20.00
Yuran seumur hidup: RM100.00
Sumbangan: Pertubuhan ini dibenarkan menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Kegiatan ekonomi: Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih, serta kegiatan ekonomi lain.

Nota: Salinan perlembagaan penuh akan diberi kepada setiap ahli berdaftar. [BORANG KEAHLIAN]