Monday 2 January 2017

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Tarikh: 1 Januari 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Jumlah kehadiran: 15 orang

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Uthaya Sankar SB selaku Pengerusi mengalu-alukan para ahli Insaniah yang menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Pertama serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pendaftaran Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 15 Disember 2016.

1.3 Salinan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS), Sijil Pendaftaran, dan Perlembagaan Insaniah sudah dikirim kepada setiap ahli untuk rujukan dan simpanan. Satu salinan dokumen berkenaan juga diletakkan di tempat urusan Insaniah.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat Penubuhan

2.1 Prabhawathy Govindarajoo selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat penubuhan bertarikh 1 Disember 2016.

2.2 Minit mesyuarat berkenaan disahkan oleh V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan, serta disokong oleh Suganthi Manivelu dan M. Vanitha Murugan.

3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa (Pegawai) dan Juruaudit

3.1 Para ahli yang hadir bersetuju sebulat suara supaya para pegawai yang dilantik dalam mesyuarat penubuhan dikekalkan sebagai pegawai Insaniah.

3.2 Senarai Pegawai Insaniah adalah seperti berikut:

            Pengerusi: Uthaya Sankar SB
            Timbalan Pengerusi: V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan
            Setiausaha: Prabhawathy Govindarajoo
            Penolong Setiausaha: Jeeva Kasthuri Anamalay
            Bendahari: Adam Arokia Ammaradass
            AJK Biasa 1: Anuradha Chelliah
            AJK Biasa 2: Dhineswary
            AJK Biasa 3: Magaenthiran Periaswamy
            AJK Biasa 4: Meganathan Muniandy
            AJK Biasa 5: Suganthi Manivelu
            AJK Biasa 6: Surendran Govindasamy
            AJK Biasa 7: M. Vanitha Murugan

3.3 Mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik dua ahli berikut sebagai Juruaudit mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Insaniah:

            Juruaudit 1: Perzeus James
            Juruaudit 2: Paul Miki George

4. Laporan Kewangan

4.1 Adam Arokia Ammaradass selaku Bendahari memaklumkan bahawa memandangkan ini adalah Mesyuarat Agung Tahunan Pertama, maka penyata kewangan tidak perlu diaudit dan tidak perlu dimasukkan dalam  sistem eroses.

4.2 Penyata Kewangan yang lengkap dan diaudit akan dibentang pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua pada tahun 2018.

5. Membuka Akaun Bank

5.1 Para ahli yang menghadiri mesyuarat bersetuju supaya akaun bank dibuka atas nama Insaniah.

5.2 Tugas menguruskan pembukaan akaun di mana-mana bank yang sesuai diserahkan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

5.3 Pengurusan wang di bank, wang runcit di tangan, dan kuasa menandatangani cek adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Insaniah.

6. Aktiviti Insaniah

6.1 Aktiviti yang dijalankan oleh Insaniah perlulah selaras matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan Insaniah.

6.2 Para ahli bersetuju supaya Insaniah turut terlibat dalam Projek Komuniti Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) di Aulong Lama, Taiping, Perak.

7. Hal-hal Berbangkit

7.1 Mesyuarat membincangkan hal-hal lain yang tidak termasuk dalam agenda di atas, tetapi dirasakan perlu dibincangkan segera. Bagaimanapun, tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:30 pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi.