Thursday 2 February 2017

Minit Mesyuarat Pegawai Insaniah 17/01

Tarikh: 1 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Jumlah kehadiran: 10 pegawai

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Uthaya Sankar SB selaku Pengerusi mengalu-alukan para Pegawai Insaniah yang menyertai mesyuarat sulung ini (17/01) serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini adalah untuk melaksanakan apa-apa keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertama pada 1 Januari 2017.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat

2.1 Prabhawathy Govindarajoo selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bertarikh 1 Januari 2017 untuk makluman para Pegawai Insaniah.

2.2 Mesyuarat berpuas hati dengan kandungan minit mesyuarat itu.

3. Pengesahan Ahli Baharu

3.1 Tidak ada sebarang permohonan baharu diterima. Jumlah keahlian sehingga kini kekal 16 orang.

4. Pembentangan Laporan Kewangan

4.1 Adam Arokia Ammaradass selaku Bendahari memaklumkan bahawa tiada sebarang laporan untuk dibentangkan pada kali ini.

5. Pembentangan Laporan Aktiviti

5.1 M. Vanitha Murugan membentangkan laporan ringkas mengenai Bengkel Lakonan Pentas (21 Januari 2017) yang diadakan sebagai sebahagian Projek Komuniti Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) sejak Jun 2016; dan Insaniah terlibat sama membantu mulai Januari 2017.

6. Cadangan Aktiviti (Februari 2017 – Februari 2018)

6.1 Para Pegawai mengemukakan cadangan aktiviti berbentuk kemahiran insaniah (soft skills) bagi kaum India.

6.2 Mesyuarat bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Kavyan, Sangam, dan sebagainya; jika melibatkan program pembangunan kemahiran insaniah.

6.3 Pada 11 Februari 2017, Bengkel Keluarga Harmoni akan berlangsung di Aulong Lama, Taiping. Ia melibatkan kerjasama Insaniah, Sangam dan Kavyan.

6.4 M. Vanitha Murugan mencadangkan Seminar Motivasi bagi remaja kaum India. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian untuk dibincangkan.

6.5 V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan mencadangkan program khas bagi memantapkan pertuturan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia agar kanak-kanak dan remaja kaum India dapat berkomunikasi di khalayak dengan penuh yakin. Uthaya Sankar SB menyatakan bahawa cadangan ini boleh diselaraskan dengan Pengucapan Awam Berkesan VVVIP yang sedang dirancang.

6.6 Suganthi Manivelu mencadangkan latihan berpidato bagi kanak-kanak dan remaja. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian untuk dibincangkan.

6.7 Aktiviti pada Januari/Februari 2018 sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kedua. V. K. Ezhilarasi Velautham @ Krishnan mencadangkan aktiviti berbentuk gramotsavam, iaitu acara santai berbentuk didik hibur yang menggabungkan seni, budaya dan permainan tradisional kaum India. Maklumat lanjut dan perincian akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang (Mei 2017).

6.8 Para pegawai yang mempunyai sebarang cadangan diminta mengemukakannya pada mesyuarat akan datang.

7. Hal-hal Berbangkit

7.1 Tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Para Pegawai sebulat suara bersetuju supaya Mesyuarat Pegawai Insaniah seterusnya (17/02) diadakan pada 1 Mei 2017, pukul 8:00 malam.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9:30 malam dengan ucapan terima kasih dan selamat malam daripada Pengerusi.